Wednesday 3 August 2011

SALAM RAMADHAN





Ahli jawatankuasa GB4B (M) Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh ahli-ahli Gerakan Belia 4B  Negeri Pulau Pinang. Semoga kehadiran ramadhan ini digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal ibadat kita semua. Rebutlah keberkatan bulan yang mulia ini. Selamat beramal.


KATA ALUAN PENGERUSI GB4B PULAU PINANG



Assalamu’alaikum
Salam 1 Belia 1 Malaysia
Saya selaku Pengerusi GB4B Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung GB4B Malaysia,mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat-pelawat laman blog rasmi GB4B Negeri Pulau Pinang.
Semoga dengan adanya laman blog ini GB4B Pulau Pinang akan mendapat memberikan maklumat serta informasi tentang aktiviti dan apa juga agenda yang bakal di jalankan oleh seluruh kawasan GB4B dalam Negeri Pulau Pinang.
Saya juga memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberikan rahmat serta hidayahnya sehingga terbinanya laman blog ini. Tahniah kepada Gerak Media & Komunikasi Negeri yang akhirnya berjaya menyiapkan blog rasmi ini.
Para pelawat sekalian, dengan adanya laman blog ini kami di GB4B Pulau Pinang amat berharap ianya dapat membantu para belia untuk terus mara serta maju kehadapan demi untuk menaikkan taraf serta membela golongan-golongan belia semua peringkat di Negeri Pulau Pinang khususnya dan Negara Malaysia amnya.
Saya juga mengambil kesempatan ini menjemput para pelawat sekalian untuk melawat laman web GB4B Malaysia melalui pautan yang terdapat di dalam laman blog ini. Laman ini juga mempunyai pautan yang berkaitan dengan belia seperti laman web Kem. Belia dan Sukan Malaysia. Disini juga terdapat pautan di mana para pelawat boleh memeriksa daftar pemilih serta beberapa pautan yang lain.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari laman blog rasmi kami dan sambutlah kata keramat Gerakan Belia 4B..’BERGERAK’. Sekian saya sudahi dengan Wabillahi taufik wal hidayah, wassalmu’alaikum warah matullahi wabarakatuh.
 Roslan Abd Rahim
Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang.