Monday 15 July 2013

Kerajaan Terus Berlembut...??

Hari demi hari semenjak PRU12 hingga ke PRU13 kita dapat melihat pelbagai episod keberanian beberapa pihak yang semakin besar kepala dengan menghina kesucian agama Islam, kaum melayu, raja-raja melayu dan pelbagai lagi sentimen yang membahayakan. Azan dihina, Nabi dihina, Agama Islam diperlecehkan, bendera Malaysia diterbalikkan, lagu Negaraku dipermainkan dan macam-macam lagi isu yang agak sensitif dipersenda dan dibuat bahan lawak jenaka.

Persoalannya dimanakah kita ketika isu-isu ini dipermainkan? Sekadar melihat? Menginsafi? Berpeluk tubuh? Hanya mampu berdoa? Atau membiarkan sahaja apa yang berlaku di seliling kita asalkan tidak ganggu periuk nasi kita?? Persoalan juga diutarakan oleh orang ramai kemana kerajaan yang dipilih oleh majoriti orang melayu islam tetapi gagal menjaga sepenuhnya dan bertegas dalam isu orang melayu dan agama islam? Kenapa apabila hak orang melayu dan agama islam disentuh, kerajaan hanya mampu memberi jaminan akan menyiasat. Akhirnya apabila pesalah/pelaku memohon maaf, isu ini ditutup serapatnya. Adakah konsep kerajaan yang suka 'memberi amaran' akan terus dipraktikkan dari masa ke semasa?

Ayuh kita lihat gerak kerja yang kerajaan kita lakukan sepanjang mereka diberi mandat pada PRU12 & PRU13. Namawee hina azan, agama Islam dan raja melayu, tiada hukuman, SELESAI! Kes masjid dibaling cat, pesalah dua anak cina ditangkap & mohon maaf, SELESAI! Cara umat islam solat dipersenda di dalam gereja di Sarawak, tiada tindakan, SELESAI! Bible diedar kepada pelajar Islam di sekolah, tiada tindakan, SELESAI! 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' hina nabi dan Allah, kerajaan kata tidak boleh ambil tindakan kerana bukti tidak cukup, SELESAI! Gopinath Jayaratnam hina nabi Muhammad, kes senyap begitu sahaja, SELESAI! Alvin & Vivian pertikai kenapa susah jadi melayu di Malaysia berhubung kes remaja melayu ditangkap dalam pesta buih, tiada tindakan, SELESAI! Terbaru Alvin & Vivian hina kesucian agama islam di bulan ramadhan, kita jangka akan turut SELESAI!!

Itu baru sebahagian, kalau mahu ditulis semua, barangkali penuh blog ini. Jika dibuat buku, rasanya pasti lebih tebal dari buku memoir Tun Dr Mahathir ' A Doctor In The House'. Sebenarnya ada ratusan lagi kes yang tidak dihebahkan atau diketahui oleh majoriti rakyat umum atas alasan semua ini sensitivi agama dan amat merbahaya. Ya, kita akui memang semua ini amat bahaya kepada masyarakat berbilang kaum yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini, tetapi persoalannya sampai bila kita harus 'dihidangkan' dengan keberanian puak-puak yang tidak tahu menghargai keamanan di Negara ini? Kerana apa tiada tindakan kepada mereka malah selepas menghina dan melakukan kesalahan, mereka seolah dijulang dan diangganp hero. Mereka menjadi popular dan superstar. Namawee selepas kes bodohnya itu, dibenarkan berjumpa Menteri. Diberikan publisiti luar jangka. Beliau terus dijulang, diberikan segala kelebihan. Beliau mula membuat filem dan menjadi pengarah di bumi bertuah ini selepas beliau menghina bumi Malaysia ini. Artis-artis popular tanah air memberikan sokongan kepada beliau dengan alasan 'itu hak namawee dalam kebebasan bersuara' dan 'semua orang buat salah'!! Alvin dan Vivian selepas menimbulkan pelbagai kontroversi yang tidak diendahkan oleh pihak kerajaan akhirnya mereka meletus dengan isu yang lebih besar di dalam blog mereka dengan 'menghidangkan' sup babi kepada umat Islam di Malaysia.Sikap lembut kerajaan akhirnya memakan diri.

Dalam era serba moden dan canggih ini, kita akui cabarannya sangat sukar. Kita akui bukan mudah untuk kerajaan bertindak. Tetapi harus juga diakui oleh pihak kerajaan, jika semua kerja ini mudah pasti rakyat tidak akan memberi mandat kepada kalian semua! Kami beri mandat kerana yakin kerja yang tidak mudah ini akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh kalian semua! Jika mudah jadi menteri, baik bagi rakyat marhaen sahaja yang jadi! Jangan terus bagi alasan bodoh kepada rakyat bawahan. Jangan anggap dan pandang kami biasa-biasa sahaja kerana anda semua berada di tampuk kuasa.Hargailah mandat yang diberi. Amanah yang kalian galas sangat besar. Ianya akan disoal oleh maha pencipta nanti. Negara Malaysia ke hadapan coraknya ditentukan oleh kalian sekalian.

MASIH SUKA AMARAN? MASIH MAHU BERLEMBUT? FIKIR-FIKIRKAN...........