Friday 17 February 2012

Jemputan Ke Program Bicara Minda Bersama YABHG.Tun Dr Mahathir Mohamad

PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG.TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
 
                                                           

Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan satu program bicara minda bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua t...erutama dalam bidang kepimpinan.

Sehubungan itu, Program Bicara Minda Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dilaksanakan khas buat para belia. Program ini terbuka kepada semua kepimpinan belia berumur 18-40 tahun. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila daftarkan diri anda dengan menghubungi nombor berikut:

CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL - 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)

TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR

MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG

PAKAIAN : FORMAL

Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.

SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEBELUM 21 FEBRUARI 2012.

FIRST COME FIRST SERVE!

https://www.facebook.com/events/372227399454147/

Wednesday 15 February 2012

Makluman Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan GB4B (M) kali ke 36

Ruj kami : Bil( 31 )dlm.4BM 61.36
Tarikh : 6 Disember 2011

SEPERTIMANA LAMPIRAN

... Yang Berhormat/ Saudara/Saudari

TARIKH MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN (MPAT)
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KALI KE 36/2011

Dengan hormat dan takzimnya perkara diatas adalah di rujuk.

2. Merujuk kepada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi 1/2012 yang diadakan pada 4 Febuari 2012, telah membuat keputusan bahawa Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT ) kali ke 36 /2011 akan diadakan pada 30, 31 Mac hingga 01 April 2012 di Goldcourse Hotel Resort , No. 9, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datuk Sri Najib Bin Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

3. Sempena dengan MPAT kali ini, 4B Malaysia dan tuan rumah, 4B Negeri Selangor telah mengaturkan beberapa program seperti berikut :-

3.1. Konvensyen 4B Kebangsaan - ' PRU 13 '
3.2. Majlis Perasmian & Makan Malam bersama PM
3.3. Majlis Makan Malam Santai & Karaoke
3.4. Sukan - Bowling

4. Sempena Mesyuarat Agung Perhimpunan kali ke 36/2011 ini juga satu Konvensyen 4B Kebangsaan akan diadakan. Konvensyen ini menjurus kepada PRU 13 yang memberi keutamaan kepada pengundi-pengundi muda yang pertama kali mengundi. Peserta konvensyen terdiri daripada perwakilan negeri-negeri.

5. Sehubungan dengan itu, bagi melicinkan perjalanan MPAT kali ini kerjasama Yang Berhormat / Saudara / Saudari adalah diminta untuk menghantar maklumat - maklumat berikut sebelum atau pada 02 Mac 2012.

5.1. Senarai Nama Perwakilan Negeri
5.2. Laporan Aktiviti / Kegiatan Tahunan 2010 /2011
5.3. Yuran Tahunan Keahlian
5.4. Usul - Usul

Mohon maklum, laporan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dimuatkan dalam buku Penyata tahunan MPAT.

Sekian, untuk tindakan dan makluman Yang Berhormat / Saudara / Saudari selanjutnya dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

"BERSATU, BELAJAR, BEKERJA DAN BERKHIDMAT"
"BERGERAK"
"KOMITED DAN BERJAYA"

Yang benar,

ROSLAN BIN HJ ABDUL RAHIM BKT,PJM
Setiausaha Agung

S.k YBhg Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj Jamaludin
Presiden

Majlis Tertinggi

Pengerusi Negeri

Sekitar Forum Anak Muda 13

Barisan ahli panel dan modertor

Para belia yang hadir ke forum

Anak-anak muda yang akan menggunakan hak mereka pada PRU13

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Sdr Zaidi merungkai permasalahan anak muda dalam politik

Dato Ahmad Saad(YDP Perkasa Negeri P.Pinang)

Hujah dari Mohd Hilmi(Exco 4B P.Pinang)

Hujah dari Ust Ahmad Lutfi(Pengarah JASA Negeri P.Pinang)

Dato Ahmad Saad, Sdr Zaidi & Sdr Rozairi

Sdr Mohd Zaidi (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh)

Mohd Hilmi Elias

Antara hadirin yang hadir

Pelbagai lapisan usia hadir


Sdr Rozairi (Ketua Penerangan Belia 4B Malaysia) bertindak sebagai moderator

SdrAmirruddin(Pengerusi 4B Pmtg Pauh) menyampaikan cenderahati kepada ahli panel