Wednesday 15 February 2012

Makluman Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan GB4B (M) kali ke 36

Ruj kami : Bil( 31 )dlm.4BM 61.36
Tarikh : 6 Disember 2011

SEPERTIMANA LAMPIRAN

... Yang Berhormat/ Saudara/Saudari

TARIKH MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN (MPAT)
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KALI KE 36/2011

Dengan hormat dan takzimnya perkara diatas adalah di rujuk.

2. Merujuk kepada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi 1/2012 yang diadakan pada 4 Febuari 2012, telah membuat keputusan bahawa Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT ) kali ke 36 /2011 akan diadakan pada 30, 31 Mac hingga 01 April 2012 di Goldcourse Hotel Resort , No. 9, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datuk Sri Najib Bin Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

3. Sempena dengan MPAT kali ini, 4B Malaysia dan tuan rumah, 4B Negeri Selangor telah mengaturkan beberapa program seperti berikut :-

3.1. Konvensyen 4B Kebangsaan - ' PRU 13 '
3.2. Majlis Perasmian & Makan Malam bersama PM
3.3. Majlis Makan Malam Santai & Karaoke
3.4. Sukan - Bowling

4. Sempena Mesyuarat Agung Perhimpunan kali ke 36/2011 ini juga satu Konvensyen 4B Kebangsaan akan diadakan. Konvensyen ini menjurus kepada PRU 13 yang memberi keutamaan kepada pengundi-pengundi muda yang pertama kali mengundi. Peserta konvensyen terdiri daripada perwakilan negeri-negeri.

5. Sehubungan dengan itu, bagi melicinkan perjalanan MPAT kali ini kerjasama Yang Berhormat / Saudara / Saudari adalah diminta untuk menghantar maklumat - maklumat berikut sebelum atau pada 02 Mac 2012.

5.1. Senarai Nama Perwakilan Negeri
5.2. Laporan Aktiviti / Kegiatan Tahunan 2010 /2011
5.3. Yuran Tahunan Keahlian
5.4. Usul - Usul

Mohon maklum, laporan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dimuatkan dalam buku Penyata tahunan MPAT.

Sekian, untuk tindakan dan makluman Yang Berhormat / Saudara / Saudari selanjutnya dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

"BERSATU, BELAJAR, BEKERJA DAN BERKHIDMAT"
"BERGERAK"
"KOMITED DAN BERJAYA"

Yang benar,

ROSLAN BIN HJ ABDUL RAHIM BKT,PJM
Setiausaha Agung

S.k YBhg Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj Jamaludin
Presiden

Majlis Tertinggi

Pengerusi Negeri

No comments:

Post a Comment