Monday, 4 February 2013

Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh

Persembahan Silat

Persembahan Silambam

Cuit Raja Lawak & Mamu Raja Lawak di booth belia 4B

Suasana ketika petang program

Pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia

Pertandingan Battle of The Band

Konvoi Anak Muda

Persembahan pentas oleh Kumpulan Cuit dan Mamu Raja Lawak

Booth belia 4B menjual pelbagai cenderamata belia

Sebahagian penerima BRIM

Datuk Abd Azeez, Pengerusi Kelab Putera menyarungkan helmet kepada Pengerusi BN Negeri PP Ybhg En Ten Chang Yeow sebagai simbolik pemberian helmet 1M4U kepada seluruh Negeri Pulau Pinang

Datuk Abd Azeez melepaskan lori-lori yang penuh dengan helmet 1M4U untuk diedarkan kepada seluruh Negeri Pulau Pinang

Pengerusi Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh, En Amirruddin menyampaikan ucapan

Kepimpinan belia dan BN Pmtg Pauh

Suasana di booth belia 4B

Servis motor percuma untuk 300 biji motosikal

Sebelah malam berlangsung aktiviti Fun Ride oleh 200 orang anak muda jelajah Seberang Jaya

Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh, Datuk Abd Jalil menyampaikan sijil kepada wakil Fun Ride, En Jimmy

BBQ Anak Muda berlangsung meriah
Datuk Abd Jalil menyampaikan helmet 1M4U kepada anak-anak muda yang hadir pada malam penutup

Malam penutup

Friday, 1 February 2013

Perarakan Gerak Himpun Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434HPeneghru

Pengerusi 4B Negeri,Sdr Roslan Rahim)baju oren) dan Bendahari 4B Negeri, Sdr Anuar Omar(baju hijau)
Sebahagian peserta perarakan bagi kontinjen Belia 4B Negeri

Suasana semasa perarakan

Mula berarak

Pelbagai ragam

Kontinjen 4B Negeri

Barisan jawatankuasa 4B Negeri yang turut serta hadir

Wednesday, 8 August 2012

KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN 4B MALAYSIA SINGGAH DI NEGERI PULAU PINANG

Pengerusi 4B Negeri P.Pinang, Sdr Roslan Rahim dan Pn Haslinda(baju merah) bersama Dato Abd Jalil, Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh

Sdr Roslan Rahim beramah mesra dengan para penerima

Pn Haslinda menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal

Dari kiri, En Muzakir(Pegawai Belia Daerah SPT), Pn Haslinda(Pengerusi Gerakwanis 4B Malaysia) Roslan Rahim(Pengerusi 4B Negeri) & Dato Abd Jalil(Penyelaras Parlimen Permatang Pauh)

Dato Abd Jalil menyampaikan sumbangan kepada para penerima

Seluruh pelusuk kampung diredahi walaupun jam sudah hampir pukul 4 pagi

Pengerusi 4B Kawasan Pmtg Pauh, Sdr Amirruddin menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin

Para penerima bergembira dengan sumbangan yang diberikan

Skuad konvoi bersahur setelah selesai jelajah

En Muzakir(Pegawai Belia Daerah SPT) menyampaikan cenderamata kepada Pn Haslinda

Pn Haslinda menyerahkan cenderamata kepada Sdr Amirruddin sambil diperhatikan oleh Dato Abd Jalil dan isteri

Bergambar kenangan sebelum skuad Kembara Indahnya Ramadhan meneruskan destinasi ke Negeri Kedah

Sunday, 22 July 2012

KURSUS MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG


"KURSUS MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG"
AKAN DI ADAKAN PADA :

28 & 29 JULAI 2012 (JAM 9.00 PG - 5.00 PTG)
4 & 5 OGOS 2012 (JAM 9.00 PG - 5.00 PTG)
BERTEMPAT DI:
KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM.

SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SPT DI TALIAN 04-5303030 (WAKTU BEKERJA SHJ)
JIKA SELEPAS WAKTU BEKERJA SILA HUBUNGI 019-4284178 (En Sahaipun)
PESERTA ADALAH TERHAD. SILA DAFTAR SEGERA BAGI MEREKA YANG BERMINAT. TERIMA KASIH

Thursday, 19 July 2012

Rahmat Ramadhan 4B Kawasan Bukit Mertajam

 

Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Mertajam akan menganjurkan program Rahmat Ramadhan iaitu satu program berupa memberi bantuan seperti wang tunai, barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Sesiapa yang ingin turut sama menyumbang dan membuat amal kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini bolehlah menghubungi Pengerusi Belia 4B Kawasan Bukit Mertajam Sdr Ismail Awang di talian 012-4515749 selewat-lewatnya sebelum 27hb Julai 2012. Harap maklum.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

 
(At-Tirmidzi)

Sunday, 15 July 2012

Dana Khas RM100 Juta Untuk Program Sukarelawan Belia 1M4U - PM

Hampir 50,000 sukarelawan belia hadir
Ketibaan Datuk Seri Najib

Persembahan daripada Ana Rafali & Altimet

PM memuji semangat kesukarelawan remaja contoh ini, Sdr Zhariff Afandi

Gaya spontan & santai daripada beberapa orang kenamaan bersama Sdr Zharif Afandi,seorang OKU yang mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi

PM membaling helmet percuma yang ditandatanganinya kepada para sukarelawan

Hero kacak Adi Putra turut memberi sokongan

Fizo Omar, Adik Mia Sara & Remy Ishak

Scha & Awal serta Yana Samsudin

Artis remaja semakin meningkat naik, Elfira Roy turut hadir

Aaron Aziz, Aznil Nawawi, Datuk Farid menyambut ketibaan Dato Razali Ibrahim(baju biru)

Barisan kepimpinan Negara yang hadir memberikan sokongan kepada program 1M4U
15 Julai 2012-  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada Dana Sukarelawan Satu Malaysia (DRe1M) untuk menyokong aktiviti sukarelawan di kalangan belia negara ini.

Menurut beliau, dana ini boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk sukarelawan melibatkan golongan belia.
"Belia digalakkan memohon menggunakan permohonan di atas talian (online) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses bagi mendapatkan dana," kata beliau pada majlis pelancaran program 1Malaysia For Youth (1m4U) di sini, hari ini.

Tambah beliau, dana ini juga merupakan 'seed money' bagi para belia gunakan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang berasaskan sukarelawan.

"Apa-apa aktiviti berbentuk sukarelawan seperti gotong-royong, membersihkan kawasan pantai layak memohon dana ini," kata beliau.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara.

Selain itu, stesen radio im4u akan dilancar tidak lama lagi.

"Tujuannya ialah untuk mencungkil bakat dan idea para belia negara. Suara belia adalah untuk negara bagi menjamin pembinaan negara," katanya.

 Katanya, transformasi negara dan suara belia adalah sangat penting bagi pembangunan sebuah negara yang lebih maju di masa akan datang.

"Gelombang belia yang berhimpun pada hari ini bakal mengangkat martabat negara lebih tinggi di mata dunia.

"Jika belia terus menyokong kerajaan, belia jugalah yang bakal melakukan transformasi yang lebih maju dan meningkatkan pendapatan negara," katanya.

Malah, beliau juga menyeru para belia negara ini agar cintakan keamanan yang dikecapi bagi memastikan ia tidak dicalar oleh mana-mana insiden yang memberi imej negatif kepada masyarakat dunia.

Menurutnya, negara tidak mahu menimbulkan sebarang unsur perbalahan atau rusuhan kerana Malaysia dikenali sebagai negara yang aman dan makmur.

"Tujuan utama lokasi KLCC ini dipilih bagi pelancaran  program 1Malaysia For Youth (1m4U)  juga bagi membuktikan kepada para pelancong yang Malaysia merupakan negara yang maju dan makmur," katanya.

Katanya lagi, jika negara aman, segala yang diimpi pasti menjadi kenyataan.

"Belia jugalah yang menentukan masa depan negara menjadi lebih baik dan diharapkan transformasi besar-besaran bakal menjadi kenyataan," kata beliau.



Friday, 13 July 2012

Harga tiket RM10 Manchester City VS Malaysia esok di 1M4U KLCC



Kira-Kira 15,000 tiket, yang berharga RM10 bagi perlawanan bola sepak antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Manchester City, boleh didapati di gerai yang ditetapkan sepanjang program 1Malaysia For Youth” (1M4U) di KLCC, pada Ahad ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan perkara itu di laman Facebook dan Twitter beliau berkata, sebahagian besar keuntungan jualan tiket itu akan disalur kepada badan amal.

 "Berikutan kenyataan oleh MCFC (Kelab Bolasepak Manchester City), saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa peminat bola sepak Malaysia kini berpeluang menonton perlawanan antara Malaysia dan Manchester City Football Club pada harga istimewa.

 "Sebagai permulaan, saya telah meminta agar 15,000 tiket disediakan di gerai yang ditetapkan sepanjang penganjuran 1M4U di KLCC Ahad ini. Harga tiket ialah RM10. Jumpa anda di sana!,” katanya dalam catatan terbaru Facebook beliau.

 Perlawanan persahabatan itu akan bermula pukul 9.45 malam pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Terdahulu, MCFC dalam satu kenyataan menyebut 60 peratus hasil jualan tiket bagi perlawanan itu akan diderma kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). — BERNAMA