Saturday, 22 June 2013

Komentar Dari Rakyat....

Renung-Renung kan lah!!!!!!!
Salah satu komen Dari pembaca sebuah blog terkenal

Kita Nak Minta Kepada Umno

1. Orang berbudi kita berbahasa.

2. Kenang budi para pengundi yang telah menyelamatkan hayat Umno pada PRU13.

3. Perkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri melalui :

(1) Tambah budget majlis

(2) Tambah pegawai penguatkuasa agama untuk memeriksa dan menangkap pasangan2 islam yang buat maksiat sama ada di tempat sembunyi atau terang

(3) Naikkan hukuman denda dan penjara bagi kesalahan khalwat atau sekedudukan. Amaun denda yang ada sekarang membuatkan orang tak heran - naikkan kepada Minima RM5,000.00 dan Maksima RM10,000.00 ATAU penjara Minima 6 bulan dan Maksima 2 tahun.

(4) Pinda Enakment Jenayah Syariah supaya ada peruntukan untuk menghukum bukan islam yang ditangkap khalwat atau sekedudukan dengan pasangan muslim (enakment yang ada sekarang nampak kartun sangat - bukan islam terlepas daripada sebarang hukuman begitu saja. Ini akan menggalakkan lelaki bukan islam ambil kesempatan ketas wanita islam)

4. Perkasakan semua cabang pendidikan islam melalui :

(1) Beri bantuan penuh kepada sekolah2 agama.

(2) Upgrade taraf guru2 sekolah agama setaraf dengan guru sekolah akedamik.

(3) Buat penambah baikan kepada infrastruktur disekolah2 agama setanding dengan sekolah cina dan sekolah tamil.

Kami orang2 melayu yang undi Umno pada PRU13 sebenarnya sikit pun tak termakan dengan janji Hudud oleh Pas. Kami berpendapat tanpa Hudud pun kita boleh cegah dan basmi maksiat, hanya perlu buat penambah baikan kepada Enakment Jenayah Syariah yang sedia ada. Kami tahu Pas jadikan Hudud sebagai umpan nak dapatkan sokongan orang melayu, itu saja.

Maka Umno " Tepok lah Dada dan Tanya lah Hati ". Nak jaga hati kami (pengundi Umno) atau nak jaga orang lain (yang tak undi Umno). As simple as that. Ini Kali lah .. UBAH.

Peluang Datang Tanpa Di Undang. Umno Kami Harap Jadi Hulubalang.

Di Dewan Rakyat Bila Bersidang.

Umno Bukan Tunggul, Umno Bukan Batang.

Hj Ariffin

Reply

Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday, 2 March 2013

KOMANDO YANG TERKORBAN ADALAH WIRA NEGARA!

 
 
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa golongan belia negara ini supaya mencontohi keberanian dan semangat patriotisme dua anggota polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua anggota polis tersebut adalah wira negara yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia.

“Semangat patriotisme, berani  dan sedia berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir perlu dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan belia negara.

“Pengorbanan mereka seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada belia hari ini dan beliau seorang wira belia dan wira negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu Ahmad Shabery meminta belia Malaysia tidak terpengaruh dengan anasir dan perbuatan yang sia-sia dan yang hanya akan menghancurkan masa hadapan diri, bangsa negara dan agama.

Dalam pada itu beliau berharap keluarga kedua-dua mangsa bersabar dan redha menerima ujian itu dan berdoa semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama roh para syuhada dan orang-orang beriman.

Media semalam melaporkan dua anggota polis terbabit terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 penceroboh yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia terkorban.

Friday, 1 March 2013

SALAM TAKZIAH DARI GB4B PULAU PINANG KEPADA WARIS WIRA-WIRA NEGARA!


GB4B Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga,waris & sahabat handai kepada pejuang-pejuang Negara yang terkorban dalam kejadian Lahad Datu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

GB4B Pulau Pinang juga mendoakan semoga pejuang-pejuang Negara yang tercedera dalam kejadian tersebut akan pulih dengan segera dan terus bersemangat untuk membantu Negara. Kami warga belia bawahan sangat menghargai keringat jasa & tenaga yang kalian berikan demi memastikan keamanan Negara terus terjaga! Anda inspirasi kami semua!!

Al-fatihah untuk yang terkorban. Perjuangan kalian kami hargai. BERGERAK!!

Monday, 4 February 2013

Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh

Persembahan Silat

Persembahan Silambam

Cuit Raja Lawak & Mamu Raja Lawak di booth belia 4B

Suasana ketika petang program

Pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia

Pertandingan Battle of The Band

Konvoi Anak Muda

Persembahan pentas oleh Kumpulan Cuit dan Mamu Raja Lawak

Booth belia 4B menjual pelbagai cenderamata belia

Sebahagian penerima BRIM

Datuk Abd Azeez, Pengerusi Kelab Putera menyarungkan helmet kepada Pengerusi BN Negeri PP Ybhg En Ten Chang Yeow sebagai simbolik pemberian helmet 1M4U kepada seluruh Negeri Pulau Pinang

Datuk Abd Azeez melepaskan lori-lori yang penuh dengan helmet 1M4U untuk diedarkan kepada seluruh Negeri Pulau Pinang

Pengerusi Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh, En Amirruddin menyampaikan ucapan

Kepimpinan belia dan BN Pmtg Pauh

Suasana di booth belia 4B

Servis motor percuma untuk 300 biji motosikal

Sebelah malam berlangsung aktiviti Fun Ride oleh 200 orang anak muda jelajah Seberang Jaya

Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh, Datuk Abd Jalil menyampaikan sijil kepada wakil Fun Ride, En Jimmy

BBQ Anak Muda berlangsung meriah
Datuk Abd Jalil menyampaikan helmet 1M4U kepada anak-anak muda yang hadir pada malam penutup

Malam penutup

Friday, 1 February 2013

Perarakan Gerak Himpun Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434HPeneghru

Pengerusi 4B Negeri,Sdr Roslan Rahim)baju oren) dan Bendahari 4B Negeri, Sdr Anuar Omar(baju hijau)
Sebahagian peserta perarakan bagi kontinjen Belia 4B Negeri

Suasana semasa perarakan

Mula berarak

Pelbagai ragam

Kontinjen 4B Negeri

Barisan jawatankuasa 4B Negeri yang turut serta hadir

Wednesday, 8 August 2012

KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN 4B MALAYSIA SINGGAH DI NEGERI PULAU PINANG

Pengerusi 4B Negeri P.Pinang, Sdr Roslan Rahim dan Pn Haslinda(baju merah) bersama Dato Abd Jalil, Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh

Sdr Roslan Rahim beramah mesra dengan para penerima

Pn Haslinda menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal

Dari kiri, En Muzakir(Pegawai Belia Daerah SPT), Pn Haslinda(Pengerusi Gerakwanis 4B Malaysia) Roslan Rahim(Pengerusi 4B Negeri) & Dato Abd Jalil(Penyelaras Parlimen Permatang Pauh)

Dato Abd Jalil menyampaikan sumbangan kepada para penerima

Seluruh pelusuk kampung diredahi walaupun jam sudah hampir pukul 4 pagi

Pengerusi 4B Kawasan Pmtg Pauh, Sdr Amirruddin menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin

Para penerima bergembira dengan sumbangan yang diberikan

Skuad konvoi bersahur setelah selesai jelajah

En Muzakir(Pegawai Belia Daerah SPT) menyampaikan cenderamata kepada Pn Haslinda

Pn Haslinda menyerahkan cenderamata kepada Sdr Amirruddin sambil diperhatikan oleh Dato Abd Jalil dan isteri

Bergambar kenangan sebelum skuad Kembara Indahnya Ramadhan meneruskan destinasi ke Negeri Kedah

Sunday, 22 July 2012

KURSUS MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG


"KURSUS MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG"
AKAN DI ADAKAN PADA :

28 & 29 JULAI 2012 (JAM 9.00 PG - 5.00 PTG)
4 & 5 OGOS 2012 (JAM 9.00 PG - 5.00 PTG)
BERTEMPAT DI:
KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM.

SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SPT DI TALIAN 04-5303030 (WAKTU BEKERJA SHJ)
JIKA SELEPAS WAKTU BEKERJA SILA HUBUNGI 019-4284178 (En Sahaipun)
PESERTA ADALAH TERHAD. SILA DAFTAR SEGERA BAGI MEREKA YANG BERMINAT. TERIMA KASIH