Showing posts with label peluang. Show all posts
Showing posts with label peluang. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

TEMUDUGA TERBUKA IKBN BUKIT MERTAJAM!!

 




SILA HEBAHKAN KEPADA YANG BERMINAT.

Temuduga Terbuka Belajar Di INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) Bukit Mertajam pada 14/01/2012(AHAD) akan berlangsung di IKBN Bukit Mertajam, Jalan Berapit dari jam 9.00 pagi-1.00 petang.

Setiap pelajar yang diterima masuk layak untuk mendapat Elaun Sara Diri, Penginapan, Makan & Minum Disediakan.
Terbuka Kepada Yang Berumur 18-30 Tahun,Tamat Tingkatan 5 dan Belum Berkahwin.
Bawa Sijil2 Asal Semasa Temuduga (SPM dan Lain2).


Jurusan Yang Di Tawarkan
  1. PEMESINAN CNC.
  2. TOOL & DIE.
  3. MEKANIK INDUSTRI.
  4. PENDAWAIAN ELEKTRIK.
  5. ELEKTRONIK 
  6. AUDIO VISUAL.
Peluang Walk-In interview jangan dilepaskan ..Belajar di IKBN semuanya PERCUMA dan menjamin perkerjaan dan masa depan

Sunday, 18 December 2011

PROGRAM alamKU PULAU PINANG






Objektif:

  • Melatih dan memberi peluang kepada golongan wanita bumiputera di Pulau Pinang (lepasan SPM, ibu tunggal, wanita menganggur dan wanita berpendapatan rendah) dalam bidang yang dikenal pasti.
  • Melahirkan golongan wanita yang berkemahiran serta usahawan yang mampu berdaya saing dan menjana pendapatan ekonomi Negara.
  • Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan wanita bumiputera Pulau Pinang.

alamKU Pulau Pinang
  • Beroperasi sebagai satu One-Stop Centre yang menyediakan latihan kemahiran dan juga profit centre yang berkaitan dengan:
                                      - Jagaan harian warga emas/ rawatan selepas bersalin
                                      -  Jagaan kanak-kanak
                                      - Katering
                                      - Dobi

  • Peserta akan diberi kemahiran, peluang pekerjaan dan akan dilatih untuk menjadi usahawan (kepada yang berpotensi berdasarkan penilaian dan pencapaian)

 Untuk maklumat lanjut dan sesi temuduga terbuka sila datang ke:

  • Tempat: Dewan Nur Parlimen Tasek Gelugor (Teluk Air Tawar)
  • Tarikh : 23 Disember 2011
  • Masa  : 9.00 pagi- 12.30 tengahari.