Saturday, 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

 


Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga 2012 membawa sinar yang lebih baik kepada semua pertubuhan belia di Malaysia. Manfaatkanlah sebaik mungkin tahun 2012 untuk membawa kehidupan yangh lebih baik kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Moga seluruh anak muda di Malaysia mencapai kejayaan dan tidak leka dengan segala hiburan yang melalaikan. Ayuh bangun untuk merealisasikan hasrat kerajaan agar golongan belia masa kini mampu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Negara pada masa akan datang. Buktikan yang tanggapan negatif bahawasanya anak muda masa kini kurang  matang dan kurang profesionalisma adalah tanggapan yang salah. Kita generasi yang berwawasan dan sayangkan Negara tercinta. 

Sahutlah seruan Gerakan Belia 4B, `BERGERAK`!!! Salam perjuangan untuk tahun 2012.

Monday, 26 December 2011

NGO Sokong BN Perlu Lebih Lantang Bersuara: Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong usaha Barisan Nasional (BN) memperjuangkan kepentingan rakyat perlu lebih lantang bersuara dalam menyatakan sokongan mereka, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata banyak NGO di negara ini menyokong BN, bagaimanapun mereka lebih suka menjadi majoriti senyap dan bersikap "tunggu dan lihat".

"NGO penyokong pembangkang suka menjadi kumpulan minoriti yang lantang," katanya sambil menambah NGO yang menyokong kerajaan janganlah pula terlalu lantang sehingga menimbulkan kesan negatif.

"BN perlukan sokongan pelbagai pihak dan sokongan NGO kita lihat antara yang terpenting dalam perjuangan kita untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Muafakat 1Malaysia anjuran Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) yang dihadiri 15 NGO di sini.


Ditanya adakah beliau melihat Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai NGO penyokong BN, Ahmad berkata Tengku Razaleigh merupakan kawan rapat BN.

"Tengku Razaleigh juga Ketua Umno Bahagian (Gua Musang) dan anggota Parlimen BN. Tanpa saya menyebut lanjut mengenai perkara itu, tentunya nama beliau adalah sebahagian daripada kepimpinan Umno dan BN," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad mengingatkan semua anggota Umno supaya melandaskan usaha memperjuangkan kepentingan rakyat kepada berdasarkan kekuatan parti dan bukan kelemahan parti lawan.

"Jangan bila kita tengok parti lawan lemah dengan pelbagai masalah dalaman baru kita hendak bergerak bantu rakyat dan jangan kita mendabik dada kerana kita lihat mereka lemah.
"Kita mesti sentiasa memperjuangkan rakyat setiap masa, bukan bermusim. Ini mesti kita utamakan bagi memastikan nasib rakyat terbela dan menyokong usaha kita," katanya. - BERNAMA

Sunday, 18 December 2011

Sekitar Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Negeri P.Pinang 2011

Suasana sebelum mesyuarat bermula
Persiapan akhir sedang rancak dilakukan
Para perwakilan menyanyikan lagu Negaraku & lagu 4B

Bacaan ikrar
Bacaan Doa diketuai oleh Ustaz Mohamed Jaafar

Lafaz ikrar oleh pelapis muda

Ucapan aluan oleh Pengerusi 4B Negeri, Sdr Roslan Rahim
Ucapan perasmian oleh Dato Dr Junaidy, setiausaha politik kepada Menteri Belia & Sukan

Penyampaian Sumbangan kepada 4B kawasan seluruh P.Pinang oleh Sdr Ir Shaikh Hussein kepada Sdr Roslan Rahim
Cenderahati kepada wakil Jabatan Belia & Sukan Negeri P.Pinang

Cenderahati kepada Pengerusi Alumni 4B Negeri P.Pinang, Tuan Syed Azmi

Simbolik sarungan vest 4B kepada Dato Dr Junaidy
Cenderahati kepada Dato Dr Junaidy
Mesyuarat Perwakilan Tahunan Belia 4B Negeri P.Pinang bermula

Sebahagian daripada perwakilan kawasan-kawasan
Sdr Ikhwan daripada wakil Pmtg Pauh berucap

Sdr Azizul daripada kawasan Bayan Baru berucap
Sdri Jamilah Awang, Pengerusi Beliawanis 4B P.Pinang

Ir Shaikh Hussein Mydin, Naib Pengerusi 4B Negeri P.Pinang
Sdr Syed Adli, wakil daripada 4B Kebangsaan


Sdr Roslan Rahim menjawab segala pertanyaan daripada para perwakilan

Antara barisan Jawatankuasa 4B Negeri P.Pinang

PROGRAM alamKU PULAU PINANG






Objektif:

  • Melatih dan memberi peluang kepada golongan wanita bumiputera di Pulau Pinang (lepasan SPM, ibu tunggal, wanita menganggur dan wanita berpendapatan rendah) dalam bidang yang dikenal pasti.
  • Melahirkan golongan wanita yang berkemahiran serta usahawan yang mampu berdaya saing dan menjana pendapatan ekonomi Negara.
  • Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan wanita bumiputera Pulau Pinang.

alamKU Pulau Pinang
  • Beroperasi sebagai satu One-Stop Centre yang menyediakan latihan kemahiran dan juga profit centre yang berkaitan dengan:
                                      - Jagaan harian warga emas/ rawatan selepas bersalin
                                      -  Jagaan kanak-kanak
                                      - Katering
                                      - Dobi

  • Peserta akan diberi kemahiran, peluang pekerjaan dan akan dilatih untuk menjadi usahawan (kepada yang berpotensi berdasarkan penilaian dan pencapaian)

 Untuk maklumat lanjut dan sesi temuduga terbuka sila datang ke:

  • Tempat: Dewan Nur Parlimen Tasek Gelugor (Teluk Air Tawar)
  • Tarikh : 23 Disember 2011
  • Masa  : 9.00 pagi- 12.30 tengahari.

Thursday, 8 December 2011

Mesyuarat AJK Kali Ke-4 2011 4B Negeri




Pada tarikh 7hb Disember 2011 telah berlangsung mesyuarat jawatankuasa kerja belia 4B Negeri Pulau Pinang di wisma UMNO Bagan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi 4B Negeri Sdr Roslan Rahim dan turut dihadiri oleh Naib Pengerusi 4B Negeri, Sdr Ir Shaikh Hussein, Pengerusi Beliawanis Sdri Jamilah Awang, Setiausaha Kehormat Sdr Syed Mohamed Harun dan lain-lain ahlijawatankuasa.


Mesyuarat pada kali ini banyak membincangkan tentang persiapan mesyuarat agung perwakilan 4B Negeri Pulau Pinang yang dijadual bakal diadakan pada 18hb Disember 2011. Mesyuarat juga turut membincangkan hala tuju Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang kearah PRU-13. Moga segala hasil perbincangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi manfaat seluruh ahli belia 4B di Negeri Pulau Pinang. BERGERAK!!